apa cite..muhasabah (episod 77)

November 20th, 2009 by adibb

ok korang..kali ini aku nak serius pulak..bila aku serius mesti ada yang tegur..geram tau..eheh..tapi ini betul2 serius (tak senyum pun ni)..[mungkin aku akan disallow comment..kecuali kalau ada permintaan orang nak komen..eheh]

baru2 ni..selesai saje membacakan doa lepas solat isyak..bila kami jemaah bersalaman..tiba2 mata aku terpandang wajah seseorang..masa tu aku seolah2 melupakan jemaah yang lain..rasa bagaikan mimpi..

kami hidup bersama lebih kurang 2 tahun lamanya..kami berpisah bila kontrak kerja dia dengan usim tamat..dan kebetulan waktu itu..rumah yang kami sewa telah dibeli oleh orang lain..staf usim juga..nak tanak aku harus berpindah..

baik aku berterus terang daripada membiarkan korang tertanya2..eheh..dia lah housemate aku..bergelar professor..seorang yang humble..pemurah dan banyak lagi sifat2 mulia yang ada pada dia..hingga tak terkata aku dibuatnya..cewah..

setelah hampir 5 bulan kami berpisah..tiba2 berjumpa semula..rupa2nya dia ada kursus kat hotel nilai spring selama 4 hari..bersembang sekejap..kemudian perbualan terhenti untuk tunaikan solat ba’diah..(teori 1+1 ni)..

tapi lepas solat tu dia terus keluar..aku lambat sedikit..bila aku keluar..dia dah nak sampai ke kereta..(jarak surau dengan tempat parking dalam 30 m)..kebetulan dia toleh belakang..nampak aku..dia patah balik..

sembang2 kejap..pastu dia tanya..“you ada duit tak ni?nah amek ni..”..dia bagi aku rm50..terharu masa tu..pastu sebelum kami berpisah dia pesan kat aku..“keep in touch ye..”..baik lah prof..selamat jalan ye..cewah..kalau setakat rm 10 boleh la aku buat kenangan duit tu (episod 68)..tapi rm 50..rugi kalau tak guna..ahaha

teringat lagi satu malam dia pernah cerita kat aku..

“I dulu pun jarang datang ke surau/masjid..tapi masa I umur 40-an tu I dilantik jadi bendahari kat masjid taman I (kat petaling jaya)..lepas tu la I agak rajin datang ke masjid”

kadang2 kita memang perlu ada ‘jawatan’ untuk sesuatu perkara..supaya kita lebih komited..

aku juga manusia biasa..kadangkala ada juga rasa malas untuk berjemaah di surau atau masjid..tapi mujurlah aku ada tugas (imam) di surau..kalau tidak mungkin aku pun tak datang

dalam episod 69 (jawatan) hari tu aku ada cerita aku nak letak jawatan..masa tu sebab aku baru berpindah ke taman baru..yang mana jarak rumah ke surau tempat aku bertugas dalam 3.5 km..jarak rumah baru ke surau taman baru ni dalam 300 meter..jarak ke masjid dalam 1.3 km..

masa tu aku fikir..aku cuma nak berjemaah je..kalau tak jadi imam pun insyaAllah aku datang berjemaah..tambahan pula jarak surau baru yang sangat dekat..maka sebab itulah aku fikir untuk letak jawatan..

tapi mungkin aku lupa ketika itu..aku cuma manusia biasa..ujian datang dan ujian pergi..kalau rahmat Allah tiba2 tidak datang..aku pun mungkin tidak pergi ke surau..

haruslah kita ingat..semua yang baik adalah rahmat dari Allah..

aku tidak pasti bila aku niatkan perkara ini..sama ada sebelum atau setelah aku dilantik jadi imam..pernah terlintas dalam hati aku..aku kalau boleh nak jadi imam surau atau masjid satu hari nanti..supaya aku rajin datang berjemaah..

seolah2 nampak macam tiada keikhlasan di situ..tapi harus lah percaya..kalau hidup ini dikatakan umpama roda..iman juga begitu..ada turun dan ada naik..adalah sesuatu yang membimbangkan apabila ia turun dan tidak akan naik kembali..(teori alif lam mim?)

akhirnya aku nekad untuk tidak meletakkan jawatan sehinggalah aku berpindah dan pergi jauh dari Nilai ini..dan aku sememangnya tidak pasti adakah aku akan rajin berjemaah setelah aku berpindah..sebab itulah aku ‘sayangkan jawatan’ aku sekarang..

percayalah..aku ceritakan semua ini bukan untuk dikatakan baik atau hebat..sekadar muhasabah diri..kerana aku tidak pasti siapakah aku untuk hari2 yang mendatang..ingatkanlah aku andai aku terleka..

tapi jangan pula ingatkan aku sampai tak lalu nak makan..ehehe

moral: iman kita sentiasa diuji..

apa cite..PPSMI (episod 76)

November 18th, 2009 by adibb

teringat aku kenangan jadi cikgu ganti bersalin masa 2005 dulu..masa cuti semester..aku ditugaskan mengajar subjek math moden dengan add math form 4..

seingat aku..aku ajar add math kelas yang nombor 1 dan 2..ajar math moden kelas belakang..ada 6 kelas semuanya..tak silap aku masa tu kelas2 belakang(kelas 3 hingga 6) pun diwajibkan amek subjek add math..

jadi masa aku ajar diorang math tu..aku tertanya2 dalam hati..pengiraan yang biasa2 pun diorang tak boleh..inikan pulak nak amek add math..terkilan juga aku masa tu..melemahkan semangat para pelajar je kan..

apa pun aku lebih suka mengajarkelas2 belakang sebenarnya..semua student termasuk cina dan india hormat aku..walaupun diorang memang suka main dalam kelas..aku pun tak marah diorang main2..haha..

kalau ajar add math kat kelas pandai2..student2 chinese ni agak kurang respek kat cikgu macam aku ni..rasanya kat cikgu2 lain pun sama..kalau aku ajar kat depan bukan diorang fokus sangat pun..yelah mungkin diorang dah pergi kelas tuisyen..apa yg kita ajar diorang dah belajar

ada satu hari tu..kat kelas no 2..ada satu group chinese ni angkat tangan..panggil aku..suruh jawab soalan..diorang tak dapat jawab..ditakdirkan aku dapat jawab soalan tu..korang tau apa reaksi diorang masa tu..diorang siap tepuk tangan lagi sebab aku dapat jawab..haha..tu la ingat aku tak pandai ke..eheh

bila kerajaan memperkenalkan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) beberapa tahun lepas..ada yang setuju..dan ada yang tidak setuju..namun dasar tersebut tetap diperkenalkan..

bagi aku..memang susah nak puas kan hati semua pihak..kalau kita tanya golongan2 elite seperti professor, peguam, doctor etc..sudah pasti diorang semua setuju cadangan PPSMI ni..tapi cuba tanya orang2 kampung..pakcik2 petani, nelayan..sudah pasti la diorang tak dapat terima..

tapi setelah beberapa tahun diperkenalkan..tiba2 nak dimansuhkan..pun ada pihak setuju..dan ada pihak tidak setuju

aku mempunyai pendapat peribadi aku sendiri..amboih..cakap macam aku ni professor je kan..ahaha..tapi aku tak pasti kalau pendapat ni dah dicadangkan ke tidak..takpe la..

subjek math ni lebih kepada berfikir..subjek sains pulak lebih kepada membaca dan mengingat..

bayangkan student form 4 (student aku tadi)..pengiraan basic dalam melayu pun susah..inikan pulak budak2 sekolah rendah yang baru nak kenal dunia belajar dalam english..

aku rasa PPSMI boleh diteruskan..tapi apa kata kita ubah sedikit konsep dia..kita ajar math dalam bahasa melayu..kita ajar sains dalam bahasa inggeris

rasanya ini lagi memuaskan hati ramai pihak kot..sebab math ni memang kena berfikir..sains pulak lebih kepada membaca..

sebab apa yang aku nampak..budak2 yang pandai english ni..diorang rajin membaca sebenarnya..baca novel, paper, dengar lagu english..dengan membaca pun boleh ‘improve’kan english..

lagi2 lah kalau anak2 yang mak ayah diorang bekerjaya professional..sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan buku kanak2 dalam english..malah mungkin mak ayah diorang pun speaking english dengan anak2..berbanding dengan anak2 yang mak ayah diorang kerja2 biasa je..

jadi sesuai sangat la subjek sains diteruskan dalam english..sebab lebih kepada membaca..dan matematik pula dalam bahasa melayu..tambahan pula term2 dalam english bagi subjek sains untuk sekolah rendah agak mudah..

pengalaman aku belajar kat matrik dulu..aku jumpa dengan kawan2 dari asrama penuh, mrsm etc..bila kat sana..apa yang aku nampak semuanya sama taraf je sebenarnya..tak kira sekolah kampung atau sekolah elite..cuma aku rasa rendah diri sket la ngan diorang yang asrama ni..

sebenarnya yang membezakan antara satu dengan lain ialah sikap rajin..itulah perbezaan ketara yang aku nampak..aku menyesal tak rajin belajar masa sekolah dulu..kalau tidak mesti pandai macam korang jugak..walaupun tak minum susu nespray..ehehe

apa pun ini cuma pendapat aku je..

moral: bahasa jiwa bangsa

apa cite..diet (episod 75)

November 16th, 2009 by adibb

kita selalu yakin bahawa apa yang ada pada diri kita..itulah yang terbaik untuk kita..kerana kita tahu Allah itu Maha Mengetahui..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh merubah diri kita menjadi lebih baik..betul tak murid2..eheh

aku suka untuk berkongsi 2 kisah untuk dijadikan iktibar barangkali

kisah 1: ada sorang kawan aku kat usim ni nama zul (bukan nama sebenar)..sepanjang aku kenal dia..lama dah dia berniat untuk kuruskan badan dia..walaupun aku rasa tak la gemuk sangat dia tu..tapi dia tetap ingin ber‘diet’..jadi baru2 ni dia tukar cara dia..kali ni dia berpuasa..lalu dia pun bagi tahu aku..“aku ada tiga niat ni puasa..satu..aku nak diet..dua..aku nak jimat duit..tiga..kerana Allah..”[bersangka baik ye..dia meletakkan niat kerana Allah itu di tempat ketiga kerana untuk mengelakkan riak..jangan pula persoalkan..eheh]

kisah 2: beberapa hari lepas tu..kebetulan ada sorang student cerita kat aku lebih kurang..“ada kawan baik saya ni..dulu masa sekolah bertudung labuh, sekolah agama, siap masuk badan dakwah lagi..tapi sekarang dia belajar kat **** (rahsia)..dia sekarang siap ada sugar daddy lagi”..sambungan..“tapi saya rasa sebab dulu dia gemuk..sekarang dah kurus..mungkin bila dah kurus la dia mula ‘mencantikkan diri’ kot..” (aku guna ayat aku ni..tapi isinya sama)

aku sesekali tak ingin nak highlight kan pasal dia tudung labuh dan sekolah agama tu..sebab kita tidak tahu apa perkara sebenar berlaku..faktor2 kejutan budaya, pengaruh rakan tu mungkin juga la kan..apa pun itu ujian untuk dia..

aku lebih suka untuk menyentuh tentang kata2 student ni..gemuk ke kurus..

sekali lagi aku ulang..apa yang Allah anugerahkan kepada kita tu semestinya yang terbaik untuk kita..bagaimanapun kita berhak untuk memperbaiki diri kita..

macam aku sendiri..badan aku kurus..nak tau tak apa kelebihan yang selalu aku nampak..aku boleh menyelit dengan mudah je bila saf jemaah nak penuh..sebab yang badan besar selalunya tak boleh menyelit kat tepi2 dinding..aku relax je..ehehe..aku sangat bersyukur

tak kira gemuk atau kurus..mesti ada kekurangan dan kelebihannya..

aku suka untuk mengimbas kembali (pergh tak ingat ayat kan..heheh) zaman aku sekolah dulu..kita sedia maklum..orang perempuan mencapai umur akil baligh seawal umur 9 tahun..jadi tumbesaran diorang lebih cepat la berbanding lelaki..

aku dulu sangat la kecik orangnya..rendah je..tapi aku baik dan comel tau..eheh..kadang2 terasa kerdil sangat la..yela kawan2 laki n perempuan lain semua tinggi2 dari aku..dulu selalu orang tak caya bila aku beritahu aku darjah atau tingkatan berapa..ramai tak percaya..yela diorang expect aku darjah atau tingkatan yang kurang dari sebenar..yelah cakap darjah 6 pun orang tak caya..ingatkan aku darjah 1, 2 atau 3..sampai hati korang ye..eheh

akhirnya aku sedar..aku rasa aku ada Allah untuk mengadu..aku pun tak ingat start dari bila aku berdoa..mintak pada Tuhan supaya aku ni tinggi..eheh..bertahun2 gak aku berdoa ni..sampai lah akhirnya aku sendiri rasa malu dah nak berdoa..tambahan pula umur aku memang dah takkan tinggi lagi..eheh

berdoa untuk menjadi seorang tinggi yang normal seperti orang lain tidak bermakna aku tidak bersyukur dengan ketinggian aku ketika itu..

sekarang ni aku tak la tinggi mana..tapi at least tak la rendah berbanding kawan2 perempuan aku lain..kawan2 lelaki takyah cakap la..diorang awal2 dah lagi tinggi dari aku..sekarang korang tengok..sape lagi tinggi..cewah..ehehe

jadi aku sangat tertarik la dengan kisah 1 kat atas tu..dia menjadikan proses diet tu sebagai ibadah..mudah2an berjaya dan berkat..ye tak..berbanding kisah 2 yang agak menyedihkan..

produk2 untuk menguruskan badan terlalu banyak dihasilkan di pasaran..lebih2 lagi untuk orang perempuan..ia pasti menjadi ibadah seandainya si perempuan mengamalkan diet untuk menambat hati si suami..

bagi yang belum berkahwin pula mungkin boleh ubah sedikit niat kearah yang lebih baik gitu..eheh..

namun ingatkan diri sendiri selalu..berdoa lah pada Allah..andai perubahan itu menjadikan kita lebih baik..maka mohonlah agar Allah perkenankan..tapi kalau perubahan itu menjadikan kita lebih jauh dengan Allah..maka redhalah apa jua pemberian yang Allah anugerahkan..

namun bagaimana kita boleh tahu setiap perubahan itu membawa kebaikan atau keburukan kepada kita?maka sebab itulah kita harus berdoa agar perubahan itu tidak merubah anugerah Allah yang asalnya dikatakan ‘nikmat’ menjadi pemberian Allah yang digelar ‘istidraj’

sekali air bah..sekali pantai berubah..sekali cakap ‘bah’..tak semestinya dia orang sabah..ehehe

apa yang penting kita tidak mengambil kesempatan atas ‘kebaikan’ Allah..mungkin doa kita Allah tidak makbulkan..tapi apabila kita selalu berdoa..pasti Allah akan rindukan suara doa kita itu..maka itu pasti jauh lebih baik..

kalau rasa nak kurus usaha lah..berdoalah..Allah sentiasa tahu apa yang kita inginkan..

maka hayatilah dialog yang aku cipta ini..perbualan suami dan isteri di suatu malam..

isteri: “abang..abang suka sayang kurus ke sayang gemuk?”

suami: “eh mesti la abang suka sayang kurus..tanak la gemuk2..”

isteri: “kalau mcm tu sayang tanak mengandung la bang”

suami: “eh kenapa pulak tanak mengandung?”

isteri: “yelah..tadi abang kata abang nak sayang kurus..nanti kalau sayang mengandung nanti..perut sayang besar..nanti gemuk tau..tak mau la”

**perhatian: mengandung itu bukan dikategorikan sebagai gemuk ye..ehehehe

moral: jadi kesimpulannya..iringilah usaha kita itu dengan doa..gudluck ye..eheh

apa cite..nyamuk (episod 74)

November 14th, 2009 by adibb

lama betul rasanya tak menulis..mesti ada antara korang rindu nak baca apa cite terbaru kan..ala jangan la malu2 nak ngaku..ehehe

memang dalam 2 minggu ni aku sangat la busy..bukan busy body tau..sibuk dengan kerja2 dunia..cewah..tapi dalam busy2 hari tu aku ada gak siap kan satu post..tapi tak jadi nak post..tapi hakikat yang sebenar..aku memang takde idea untuk bercerita..mungkin satu hari nanti aku akan berhenti untuk bercerita..

baru2 ni adik kepada kawan aku suzila kena suspect denggi..jadi masa sembang2 dengan kawan aku lagi sorang nama anum..tiba2 dia tanya aku lebih kurang..

“adib..awak rasa apa faedah Allah jadikan nyamuk ye..yela kan..apa2 yang Allah jadikan mesti ada kebaikan dia kan..”

alamak..tak pernah terfikir aku soalan cmni..aku terdiam kejap masa tu..aku pun hentam je bagi jawapan lebih kurang..

“mungkin dari segi ‘mendatangkan penyakit’..memang nyamuk ni tak bagi faedah..tapi dari segi persekitaran, mungkin kita disuruh menjaga kebersihan la kot..” (hantam la labu..eheheh)..pastu perbualan terhenti sebab aku pun nak sambung kerja aku..(sebenarnya tak tau nak jawab apa dah..ahaha)

teringat kata2 abang ipar aku..“bagus sebenarnya nyamuk ni..boleh kejut orang bangun subuh”..hehe

tapi rasanya nyamuk yang boleh sebabkan denggi ni ialah nyamuk aedes kan..eh memang la..maksud aku..nyamuk ni selalu datang waktu pagi dan petang kan?antara waktu yang dilarang tidur ni kan?

jadi..berapa banyak ‘kan’ yang aku sebut tadi..

tapi lihatlah dunia hari ini..lihat apa yang terjadi..tak perlu melihat ‘orang lain’..lihat saje ‘diri sendiri’..negara kita sendiri terlalu banyak kes bunuh membunuh..tak kira lah bunuh dengan sengaja atau tak sengaja..rogol dan bunuh..ragut dan bunuh..dan sebagainya

seolah2 dengan cara bunuh saje yang dapat ‘menyelamatkan diri’ dari terancam..dengan bunuh saje dapat menyelesaikan masalah..ntah kenapa agaknya..langsung tidak ada rasa bersalah..

rupa2nya..nyawa seorang manusia hari ini ibarat nyawa seekor nyamuk je..kita bunuh nyamuk ketika kita digigit..kita juga bunuh nyamuk walaupun dia cuma terbang berdekatan dengan kita..suka2 hati kita je nak bunuh nyamuk

perasaan dendam kita terhadap nyamuk tak pernah luput hingga ke akhir hayat..cewah..eheh..ala nyamuk pun sama gak..di mana ada darah di situ ku cuba menghampiri..falsafah seekor nyamuk

begitu juga dengan manusia sekarang..orang yang didendam dibunuh..orang yang tak bersalah juga menjadi mangsa bunuh..aduhai dunia..ni yang rasa nak bersajak tajuk ‘dunia’ ni..tapi tak jadi la..

sebenarnya baru2 ni baru aku ada terfikir..apa maksud ridsect..tak tau la kalau betul apa yang aku fikir ni..rasanya word ridsect ni berasal dari ‘get rid of insect’..betul ke..alahai asal usul ridsect pn nak fikir ke..ntah2 korang dah lama tau kan..saje tanak bagi tau aku..tak baik kedekut ilmu..

kesimpulannya..kita menggunakan ridsect dan ubat nyamuk sebagai ‘pelindung’ dari nyamuk..hakikatnya kita ada yang Maha Pelindung dari segala bencana..berdoalah semoga nyawa kita semua selamat..

dari dulu lagi aku katakan..negara kita sebenarnya tidak aman dari segi jenayah..nyawa kita sentiasa terancam..mungkin kita kena kembali kepada hukum Allah..

moral: cukuplah Allah sebagai pelindung

apa cite..sajak palestin (episod 73)

November 1st, 2009 by adibb

hari sabtu baru lepas ni (31/10/09) aku balik kampung..tu pun nak bagitau kan..jadi dalam perjalanan balik kampung tu aku betul2 lupa nak nyanyi lagu balik kampung..aku harap korang tak marah aku ok..

kebetulan terdengar kat ikim..ada sajak pasal palestin..tajuk dia ‘child and diary’ kot..aku tak begitu menghayati pun sajak tu..sebab dalam english..tapi kejap lagi rupanya ada translation dalam bahasa melayu..‘kanak-kanak dan diari’..tiba2 ada satu rangkap tu..dia ada sebut..10 juta dollar sehari kita belanjakan untuk yahudi (lebih kurang gitu la)..


jadi masa tu aku pun tiba2 ingin bersajak..tiba2 dapat ilham..ehehe..aku taip la sajak tu guna hset aku..save kat draft..bila dah taip kat pc..rupa2nya panjang jugak sajak ni..haha..kira sajak ini aku gelarkan ‘sajak perjalanan ke kampung’..ehehe..aku dedikasi kan sajak ini khas untuk aku sendiri.. sebelum tu..terima kasih kat kawan aku nama nor bahiyah (bekas student usim..sekarang kat upsi).sebab aku suruh dia cek sajak ni..pastu dia edit sket2.. maka terimalah sajak dari aku untuk (umat) palestin..cewah..korang jangan gelak tau..

Palestin
Terasa begitu hipokrit untuk ku tulis bingkisan ini
Terasa sungguh berdosa untuk ku khabarkan
Namun aku harus menyampaikan padamu
Yang sebenarnya akulah insan itu
Insan yang terlalu cintakan dunia

Palestin
Aku cuma insan biasa sepertimu
Mungkin hatiku sering berkata
Aku amat simpati akan nasibmu
Namun hakikatnya aku kini sedar
Aku begitu zalim terhadap dirimu

Palestin
Zahirnya aku tidak pernah menganiaya dirimu
Tersiratnya akulah insan itu
Saban hari aku mengambil nyawamu
Tiap detik aku menyiksa batinmu
Malu untuk aku katakan
Akulah insan itu

Palestin
Aku seringkali terperangkap
Dengan helah dunia
Dengan helah musuhmu
Musuh ku
Malah jua musuh Ilahi

Namun Palestin
Akulah yang sebenarnya
Musuh dalam selimut
Akulah gunting dalam lipatan
Saban hari produk musuh kitalah yang aku gunakan
Barang merekalah seolah-olah ku puja
Rupa-rupanya akulah sahabat mereka
Akulah musuh utama mu Palestin

Palestin
Jujur aku katakan
Sesungguhnya aku tidak punya pilihan
Ke kanan dan ke kiri
Ke depan dan ke belakang
Kemana jua aku pergi
Barang mereka jua yang aku dapati
Aku sama sekali terjerat dengan helah mereka

Palestin
Maafkan diriku
Engkau berhak untuk katakan
Akulah yang paling zalim di muka bumi ini
Walaupun ia pahit untuk ku terima
Tapi aku redha
Akulah insan itu

Palestin
Harus aku katakan
Jauh di sudut hatiku
Aku tak pernah rela menjadi sahabat mereka
Apatah lagi menjadi musuhmu
Yang seagama denganku

Lima kali sehari
Doa ku panjatkan
Agar ‘sahabat’ ku hancur
Dan ‘musuh’ ku selamat
Mengertilah Palestin
Hanya itu yang ku mampu
Percayalah Palestin
Aku bukanlah musuh mu
Maafkanlah diriku

Palestin
Alangkah indah andai Islam menguasai dunia
Biar musuh kita tahu
Kita ada Allah untuk mengadu
Kita ada maruah untuk dibela
Kita ada segala-galanya
Kerana kita ada agama yang mulia

Palestin
Janji Allah itu benar
Islam pasti akan bangkit
Musuh kita akan tewas jua duhai Palestin
Namun mungkin tika itu
Aku sudah tiada lagi di muka bumi ini
Tapi itu bukan pokoknya
Apa yang lebih utama
Islam kembali merajai dunia
Sekali lagi..maafkanlah aku wahai Palestin

Palestin
Matimu syahid dipandangan Ilahi
Matiku belum pasti
Di sana syurga menantimu
Namun aku belum tentu
Oh ya Tuhan…ampunilah dosa-dosaku..
Amin yaa rabbal ‘alamiin

sajak dalam perjalanan ini dinukil oleh Mohd Adib bin Yahya, 31 oktober 2009..ehehe..aku takde bakat buat sajak..maaf andai ada kekurangan..

moral: kini ku mula sedar..akulah insan itu..

apa cite..1+1=2 (episod 72)

October 30th, 2009 by adibb

kita sudah biasa sangat dengar pepatah melayu mengatakan..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..

izinkan aku untuk menukarkan sedikit pepatah tersebut kepada yang lebih islamik plzzz..wah siap ada plzz kat blkg tu..apa pun begini bunyinya..

alang2 ingin solat berjemaah biarlah dapat rakaat pertama..

aku tak sebut pasal saf pertama..tapi aku sebut rakaat pertama..iaitu rakaat pertama bersama imam..saf pertama tu kadang2 masa masbuk pun dapat..tapi rakaat pertama tu yang payah nak dapat..ye tak?

aku juga selalu berpesan pada diri aku sendiri..supaya seboleh2nya mengutamakan yang lebih utama..

contoh..kalau lah masa aku nak pergi solat berjemaah kat masjid..datang lambat..yela kan..naik motor ex5 je..bawak pun slow..siap kena kutuk lagi..tambah pulak helmet buruk..heheh..aku tak amek wuduk lagi masa tu..tiba2 imam dah nak mulakan solat..jadi masa tu aku akan amek wuduk sekali je untuk setiap anggota..sebab yang jumlah 3 kali tu sunat..yang sekali yg pertama tu yang wajib..aku buat cmtu dengan harapan aku dapat bersama imam di rakaat pertama..yelah walaupun tak dapat takbir bersama imam..dapat rakaat pertama pun dah ok..tapi kalau masa tu imam dah rakaat kedua ke..lebih baik buat wuduk mcm biasa..ye tak..

oh ye..sebut pasal wuduk..pernah kat surau tempat aku tu..imam 1 sound aku..sampai2 je surau aku terus amek wuduk..tak pasal2 dapat nasihat free dari imam tu..

“laa nape la tak amek wuduk dari rumah..tak tau ke besar pahala datang surau dengan berwuduk dari rumah..”..aku masa tu mampu senyum je..lagi pun tgh amek wuduk..malas nak bercakap..makruh tau..yang sebenarnya..aku memang dah amek dah..tapi wuduknya dah batal dong..kenapa batal tu aku tanak la bagi tau..rahsia..eheh

aku sebenarnya nak mengajak kita semua mempraktikkan ilmu matematik yang kita pernah belajar dulu..iaitu satu tambah satu bersamaan dua..atau..1+1=2..alahai teori ni budak sekolah tadika pun tau..

tapi adakah 2 yang terhasil dari hasil tambah itu merupakan 2 yang berkualiti..?itulah persoalannya

sebagai contoh..ok la disebabkan ini teori matematik..jadi aku pun nak bagi contoh begini..dua orang pelajar mengambil 2 subjek..yang pertama subjek matematik..dan kedua matematik tambahan

seorang pelajar mendapat A untuk kedua2 subjek ni..dan lagi seorang pelajar mendapat 1B dan 1C untuk matematik dan matematik tambahan..walaupun mendapat result yang berbeza..akan tetapi jumlah subjek yang diorang amek tetap 2..tapi pelajar pertama sudah pasti la mendapat cemerlang..dan pelajar kedua mendapat kurang cemerlang..maka itulah yang dimaksudkan dua yang berkualiti..

jadi mari kita cuba praktikkan teori 1+1=2 ini dalam kehidupan kita seharian..

seperti biasa kalau belajar math memang cikgu suka bagi contoh..betul tak murid2?eheh

kadang2 masa kita tengah bersembang dengan kawan2..tiba2 kedengaran azan berkumandang di masjid..ataupun dicorong radio barangkali..

dari sinilah teori 1+1=2 ini muncul..yang pertama..kita ingin bersembang..dan kedua..masa tengah sembang tu azan berkumandang..kalau lah kita berhenti sekejap..diam seketika sambil mendengar dan menjawab azan sehinggalah azan tu abis..maka kat sini kita akan dapat dua2..kita dapat sembang..kemudian kita dapat pahala menghormati dan menjawab azan insyaAllah..inilah yang aku maksudkan tadi..jumlah 2 yang berkualiti..tapi kalau kita teruskan bersembang tanpa menghiraukan azan tadi..kita cuma dapat bersembang dan dengar azan je la..mungkin kita mendapat jumlah 2 yang sia2 je..

sama la juga situasi lain..mungkin kita tengah study ke..tengah chatting ke..tengah main friendster ke..tiba2 masuk waktu solat..kalau kita berhenti sekejap..pastu kita pergi solat..insyaAllah..nanti lepas solat pun kita boleh sambung kerja kita tadi..pahala awalkan waktu solat pun besar..kerja kita pun kita dapat buat..tapi kalau kita leka dengan kerja kita..hingga melewatkan waktu solat..kita tetap dapat buat dua2..iaitu kerja dan solat..tetapi mungkin jumlah 2 yang kita dapat ni kurang berkualiti..

kualiti mungkin di sisi manusia..tetapi kualiti di sisi Allah berupa pahala tu mungkin kurang..

ok murid2..semua dipersilakan bangun..kita nyanyi lagu..“oo tandas berkualit..oo hidup berkualiti”..hihihi

maka dengarlah nasihat cikgu ye..cubalah praktikkan mana yang mampu..mungkin tak boleh praktikkan untuk semua situasi..tapi cubalah yang terbaik..demi kejayaan anak2 muridku semua..kringggggggggggggg!!!!..loceng berbunyi tanda kelas tamat..ehehehe

moral: utamakan lah yang lebih utama..

apa cite..mamak (episod 71)

October 27th, 2009 by adibb

(panjang lagi..tapi bukan cerita sedih..cerita serius sikit)

ini cuma kajian yang aku buat sendiri..jadi sebarang kritikan sila adukan kepada aku sendiri..heheh..

sebenarnya selepas makan roti sardin pagi tu (24/10/09) kat kedai mamak..aku seolah2 mendapat ilham untuk mendapatkan jawapan kenapa ramai sangat orang suka makan kat kedai mamak..tak kira la melayu, india dan cina..memang ramai suka makan kat kedai mamak..mungkin seluruh dunia ni..mana2 ada kedai mamak..memang ramai orang..

sebelum itu..sebagai anak lelaki bujang..cewah..aku macam biasa la..banyak habiskan makan kat kedai dari makan kat rumah..kat rumah kadang2 je aku masak..itu pun masak maggi..ehehe..jadi kadang2 tu aku bosan dengan menu2 yang ada kat kedai tu..kadang2 hari2 (makan malam) asyik benda yang lebih kurang sama je..jemu jugak..itu yang membuatkan aku lebih rela makan maggi..tekak ni nak sangat makan mcdonald sebenarnya..tapi aku dah azam tahun ni aku tanak makan mcD..jadi aku kena lupakan la dulu hasrat..hehe..

teringat aku akan masakan mak aku kat kampung..masak la apa2 pun..tetap sedap untuk dimakan..ni la orang kata..air tangan emak..semua orang pun akan kata..masakan emak adalah yang paling sedap di dunia..

kalau kita perhatikan di Malaysia..ada anak2 yang panggil emak ni dengan gelaran..ibu..mama..emak..ummi dan sebagainya (ada lagi ke gelaran lain)..kebetulan masakan mak pulak paling sedap..kebetulan pulak aku suka makan kat kedai mamak..

jadi aku buat kesimpulan kajian aku buat..aku gabungkan mama dan emak..maka terhasil la perkataan mamak..patut la ramai sangat suka makan kat kedai mamak..rupa2nya semua rindukan masakan mak..hehehe..apa pun ni main2 je ye..jangan amek pusing tau..pusing2 nanti pening..

satu hari tu aku naik motor ex5 aku..ada sebuah kereta mercedes tengah bawa slow sangat..mungkin dia sedang mencari seseorang atau ada masalah lain..aku pun potong kereta tu..maka ketika itu jugalah aku dapat satu pepatah baru..khas untuk aku..

umpama motor ex5 memotong kereta mercedes..ye memang benar..pepatah ini memang khas untuk aku..aku potong kereta merz tadi tu bukan bermaksud motor aku lebih laju dari kereta..bukan juga bermaksud aku seorang yang kacak..bukan juga..tekaan korang meleset sama sekali..walaupun korang belum teka apa2 pun lagi..hihihi..begini ceritanya..

satu malam tu..aku nak makan malam..yela kan..takkan makan pagi pulak kan..terang2 aku nak makan di waktu malam..mesti la makan malam..walaupun malam itu gelap..

tiba2 ada sorang bangladesh (alamak cite bangladesh lagi)..motor dia tak hidup..aku mula2 memang tak berhenti..sebab ingatkan dia tunggu kawan dia ke..masa tu tertanya2 jugak..kenapa berhenti kat simpang ni..kereta dah la banyak..bahaya tau..

aku pun terus lupakan bangladesh ni..aku memang nak makan malam masa tu..yela takut lambat nanti..dah pagi pulak..tak dapat nak makan malam kan..aku mula2 berniat nak makan kat kedai mamak (kat cempaka)..ntah cmne ntah..masa tu rasa waswas pulak..boleh pulak aku terfikir masa tu..mamak ni semuanya Islam ke..astaghfirullah..bersangka buruk aku rupanya..jadi aku pun tukar niat..makan kat depan kedai mamak tu..bila sampai je..aku duduk2..lama juga aku duduk..tapi takde sorang pun orang kedai tu datang mintak order..geram tau..ingat tak geram ke..aku dengan coolnya..naik motor semula..terus patah balik..kira nak makan tempat biasa je la..tempat aku selalu makan dulu (kat kawasan inti college)..

aku lalu jalan yang sama masa aku pergi tadi..alamak..tiba2 boleh pulak bangla ni lambai tangan kat aku..walaupun dalam keadaan gelap..kereta pun banyak juga lalu kat jalan tu..aduh..kenapa mesti aku?tertanya2 aku pada diri sendiri..heheh..nak berhenti tanak ni..aku rasa aku kena berhenti..baiklah..walaupun tiada lampu merah tanda berhenti..tapi aku tetap berhenti..rasa kesian timbul dalam diri..(sebelum tu..dialog2 dalam cite ni dah di edit..nak ingat sebijik2 mustahil la kan)

“assalamualaikum bang..boleh minta tolong tak bang..motor saya tak hidup la bang..saya nak balik Puchong ni bang..saya kena balik malam ni jugak..isteri saya dekat rumah tengah mengandung..takut berlaku apa2..”

(pendekkan cerita)..aku pun suruh dia tolak motor tu..“ok sy naik..you tolak ye..”..logik la kan..badan dia lagi besar dari aku..kang aku tolak..dia pulak yang simpati kat aku..sebab tak larat nak tolak..ehehe..nak dijadikan cerita..memang motor tu tak hidup..takde chance la geng..

aku dah lupa dah tentang makan malam aku ketika itu..bukan sebab aku ni pelupa ye..aku tak sanggup tengok bangla ni..berpeluh2 dia..aku pun cakap kat dia..“ok..you tunggu sini ye..i try gi tengok bengkel motor jap..mana tau bukak lagi..”..aku gi la bengkel kat semarak..sape2 duduk nilai ni tau la..jauh juga tu jarak cempaka ke semarak..

mungkin masa tu bangla ni dah rasa kena tipu..sebab aku lama sangat pergi tak balik2..“tak guna punya orang..konon nak pergi bengkel..ko balik terus ada la..nanti la ko aku jumpa nanti..siap ko”(mungkin la kot dia cakap cmni..heheh)

aku sampai semarak..memang bengkel2 semua tutup..yela dah pukul 10 lebih dah masa tu..aku datang balik ke tempat dia.

(pendek kan lagi cerita)..kami pun dah pasrah dah..dia cakap..”abang carikan saya teksi boleh ke?tapi kita makan dulu kat kedai..”..kami makan kat kedai mamak yang aku was was tadi(Allah datangkan bangla ni untuk memberikan aku jawapan kot..hilang la waswas aku nak makan situ)

di sinilah timbulnya pepatah yang khas untuk aku tadi..aku call kan teksi..(kat sini pun dah banyak abis masa..sebab takde nombor contact teksi..contact orang tu..contact orang ni..akhirnya baru dapat)..sambil aku calling2 tu..dia dah makan abis dah..aku tak makan2 lagi..(makan tak tunggu aku pun ko ye)..call teksi..pakcik driver tu setuju dalam rm 100 kot masa tu (tak ingat jumlah sebenar)..

yelah kan..selalu yang kita fikir..kalau orang tu bangla..indon ke..mesti yang datang malaysia ni kira semuanya hidup susah..jika tidak..masa kan mereka datang ke sini..

sebelum sambung cerita..aku makan malam dulu ye..aku lapar tau masa tu..jemput makan…

aku tanya dia..“you ada duit ke nak bayar tambang..kalau takde I boleh bagi sikit..”..“takpe bang..saya ada duit..”..(pendekkan lagi cerita)..dia bayarkan makanan aku..pastu dia balik naik teksi..

malam tu jugak..dalam pukul 1 dia call aku..bagitau dia dah sampai..aku pun dah nak tidur masa tu..

ada la dalam 2 minggu selepas tu..aku makan pagi kat kedai mamak ni lagi..abis je makan..dah bayar semua..bila aku keluar kedai..tiba2 aku nampak satu kereta waja warna hijau baru sampai kedai tu..eh macam kenal mamat ni..rupanya bangladesh yang hari tu..dia pun ingat lagi aku..dia ngan kawan dia..dia ajak jugak aku teman dia makan..aku dah kenyang masa tu..takpe la aku minum je..

nak dijadikan cerita..korang tarik nafas dulu..berdebar ni tau..rupa2nya dia ni pengurus salah sebuah syarikat pembinaan kat selangor..rupanya kedai mamak yang kitorang makan haritu..syarikat dia la yang buat..decoration semua tu..yang kawan dia tadi tu rupanya pekerja dia..

apa erti semua ini?lantas aku tanpa membuang masa bertanya pada diri..cewah..eheh..tersenyum aku sorang2 masa tu..sambil teringat peristiwa malam tu..aku ni yang hidup susah seolah2 membantu orang yang lebih kaya dari aku..siap nak bagi duit tambang lagi..hehehe..malu (sambil tutup muka)

takpe la kan..hidup ini perlu ada bantu membantu..

moral: bantulah dengan seikhlas hati..contohilah aku ni..hehehe

apa cite..fobia (episod 70)

October 22nd, 2009 by adibb

benar lah kata orang..kita belajar erti hidup melalui pengalaman yang kita lalui saban hari..walaupun kadang2 ia nampak begitu simple..

lebih 20 tahun aku hidup dalam keadaan fobia..fobia aku cukup remeh..tapi sampai sekarang aku tetap fobia setiap kali aku buat..

aku pun tak ingat tahun sebenar kereta proton saga keluar tahun berapa..rasanya tahun 1985 kan..kuat juga ingatan aku kan..cewah..padahal baru je cek kat wikipedia..hehehe..masa tu aku baru berusia dalam 5 tahun kot (rasa2nya la)..umur 5 tahun sudah pandai bercakap..4 tahun laaaaaa…wah marah budak kecik yang dalam iklan tu..garangnya dia..

pakcik aku (adik ayah)..kalau tak silap.. tahun tu jugak dia beli kereta proton tu..aku masih ingat lagi nombor kereta dia tu..walaupun dia dah trade in kereta tu lama dah..

suatu hari tu..diorang satu keluarga datang rumah aku..dengan (arwah) pakcik lagi sorang..masa tu aku kena ikut dia gi kedai..beli lauk kot..yelah dia tak tau jalan ke kedai..jadi aku la yang kena ikut..aku dah kata..aku memang rajin..korang tanak caya..

bermula la satu peristiwa ‘hitam’ dalam hidup aku..perginya kami ke kedai dengan menaiki kereta baru dia..aku kan kecik lagi masa tu..kadang2 bukan perasan pun apa kita buat..ye tak?mungkin aku tertutup pintu kereta dia dengan kuat kot..sejurus selepas itu..

“dib..cuba tutup pintu tu slow2 sikit..nanti kalau rosak cmne…”

percaya atau tidak..kata2 ini lah yang membuatkan aku fobia sampai sekarang..selalu kalau nak tutup pintu kereta..kadang2 sampai 2-3 kali..fobia sungguh aku..walaupun tak pernah lagi aku tengok orang tutup pintu kuat2 sampai rosak pintunya..tak pernah pun..apa pun aku memang cukup berhati2 kalau nak tutup pintu kereta..seolah2 kata2 tu akan muncul setiap kali aku nak tutup pintu kereta

aku bersyukur pada Tuhan kerana telah mengilhamkan pencipta2 kereta untuk menghasilkan pintu yang boleh menyerap bunyi walaupun ditutup dengan kuat..apa pun..ia tetap menghantui aku sampai sekarang..

aku sedar..aku orang biasa..aku orang takde..tapi jangan lah buat aku sampai begitu sekali..aku bukan nak menceritakan keburukan darah daging aku sendiri..kalau korang baca post lama aku tajuk ‘duit 10 ringgit’ (kat blog ni..keluaran 31 oktober 2008..rajin baca la..heheh..tapi cerita jam dalam post tu bukan jam yang aku pakai sekarang)..makcik yang aku ceritakan tu ialah isteri kepada pakcik aku ni..

namun aku harus berterima kasih kepada pakcik aku ni..(kat makcik aku jugak)..kerana mereka sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti kehidupan sebenar..beginilah kita..kalau hidup susah..orang mudah sekali memandang rendah kepada kita..

aku sentiasa ingatkan diri aku..agar tidak melakukan perkara2 yang sedemikian rupa kat orang lain..terutamanya kat anak2 buah aku..kerana barangkali aku tidak akan ingat apa yang aku buat kat orang..tapi orang tetap ingat apa yang kita buat..mungkin pakcik dan makcik aku dah lupa perkara ni..tapi aku tetap ingat..heheh..

mungkin ni jugak antara sebab aku tak suka beli benda baru (seperti dalam episod 68)..aku suka pakai selagi boleh pakai..akan guna selagi boleh guna..sebab aku kurang suka menjadi ‘hamba’ kepada benda baru yang aku miliki..

sebab..kalau kita perasan atau tidak..kita kadang2 banyak menghabiskan masa kat benda baru yang kita beli atau miliki..contoh hset baru..kita akan explore hset tu selagi boleh explore..

sebab tu aku tanak beli helmet baru..(rujuk episod 68..eheh)..sebab sekarang ni..kalau aku gi mana2..aku tak payah nak kunci helmet tu kat motor..cuma letak je kat bakul..kalau helmet baru..mesti aku kena jaga elok2..takut calar..takut hilang..jadi aku kena jaga baik2..aku kena kunci helmet tu..bayangkan kalau aku datang lewat pergi masjid nilai nak berjemaah..masa untuk aku kunci helmet tu je dah sama dengan masa untuk satu rakaat berjemaah..tu baru cerita helmet tu..belum barang2 lain..

eh jangan lah salah sangka..aku sedikit pun tak halang korang beli barang2 baru tau..ehehe

pakcik aku menegur aku sebab masa tu kereta dia baru lagi..

cmne pun aku sentiasa menghormati mereka..dan aku juga dah lama memaafkan makcik aku tu..ehehe..

tidak sekali pun aku berniat untuk menceritakan keburukan mereka..tapi disebalik cerita itu ada pengajaran..jadi sebab itu aku berkongsi..mungkin itu cumalah sedikit kelemahan berbanding beribu2 kebaikan yang diorang ada..eheh..korang pun tak kenal sape pakcik dan makcik aku..eheh..semoga sama2 kita bermuhasabah..

moral: tutup lah pintu kereta dengan sopan ye..ehehe

apa cite..jawatan (episod 69)

October 21st, 2009 by adibb

kesedihan selalunya silih berganti dengan kegembiraan..mungkin hari ini kita bersedih..siapa tahu hari esok kita akan gembira..walaupun kegembiraan hari esok sama sekali tidak dapat menyembuh kesedihan kita alami hari ini..namun itulah kehidupan..

kalau dalam episod wak tempoh hari (episode 62)..aku sedih dengan kehilangan wak..tp ramadhan baru2 ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan juga hati ini..walaupun sedikit pun tidak ada kaitan dengan wak..

ramadhan hari tu genap la 3 tahun aku jadi imam terawih kat surau kasturi height tu..mungkin inilah antara jawapan kenapa Allah tempatkan aku di sini..selepas ramadhan (1428H/2007) tu la baru secara rasmi ajk surau melantik aku menjadi imam di surau tu..

oh ye..tentang gembira tadi..sebenarnya memang benar..kegembiraan yang aku nikmati baru2 ini tidak dapat menggantikan kesedihan yang aku alami atas kehilangan wak..tapi sebab ia ada kaitan dengan ‘ramadhan dan surau’..itu yg membuatkan aku terlintas untuk menulis tajuk ini..heheh..

rupa2nya..bukan artis je ada peminat..imam surau pun ada peminat..ehehe..baru2 ini ada sorang gadis dari Indonesia mengirimkan hadiah kat aku..dia kirim kat imam 1..korang mesti nak tau kan hadiah apa..hadiahnya kain pelekat je..eheh..tapi yang buat aku terharu..kain tu original dari Indonesia..bukan cetak rompak ye..hihihi..apa pn aku belum pakai lagi kain tu..dan sesungguhnya..amatlah aku hargai pemberian tersebut..eheh..ditambah lagi dengan balutan hadiah yang kemas..yg pasti dia antara salah sorang jemaah terawih di surau tu

cukup la cerita pasal kesedihan..kegembiraan..dan kain pelekat..apa pun jangan la cemburu ye..ahaha..

sebelum aku bercerita..aku nak kongsi la kata2 hikmah yang pernah aku cipta sendiri masa kat usm dulu..haha..poyo je kan..ni dia..

tiap yang berlaku adalah ujian..tiap ujian memerlukan kesabaran..tiap kesabaran itu pasti disukai Tuhan..Tuhanlah penentu kehidupan..tiap apa jua yang ditentukan..yakinlah disebaliknya seribu kebaikan

semakin lama aku menjadi imam di situ..(selalunya maghrib dan isyak..subuh aku selalu kantoi..huhu)..semakin aku rasa malu dengan diri sendiri..banyak kali terlintas di hati untuk aku letak jawatan..pernah aku suara kan hasrat tersebut (tak suara pun..guna sms je) kat ajk surau..tapi diorang tak bagi aku letak..diorang tanya aku..

“nak letak kat mana..?” aku cakap “nak letak kat surau la”..diorang kata “jangan letak kat surau”..hampir bertekak aku ngan diorang masa tu..“abis nak letak kat mana ni?”..aku bertanya tanda tak puas hati..akhirnya diorang kata..“letak la jawatan”

boleh aku letak jawatan..tapi dengan syarat aku kena cari pengganti..aku mana la kenal sangat orang2 kat sini..jadi sampai sekarang la aku terus menjadi imam no 2 di situ..

pertama sekali aku malu kerana..aku rasa elaun yang pihak surau bagi terlalu banyak..sedangkan seminggu cuma 4 hari je untuk imam kn maghrib dan isyak (ahad, isnin, rabu, dan jumaat)..subuh pulak..2 hari..selasa dan sabtu..apa yg memalukan ialah..rasanya tahun ni..sekali pun aku tak pernah datang bertugas waktu subuh..huhuhu..aku harus menebalkan muka bila pakcik ajk menghulurkan elaun bulanan..jauh di sudut hati..teramatlah malunya..Allah jua yg maha tahu

aku bertambah malu apabila..hampir setiap kali aku bertugas..di belakang aku ada sorang makmum yg memang al hafiz..(kadang2 dua orang..dua2 pensyarah usim)..aku rasakan diorang jauh lebih layak dari aku untuk imamkn sembahyang..akhlak diorang..semuanya jauh dari layak dari aku ni..

pernah terlintas hati aku berkata..“Ya Allah..sesungguhnya mereka lebih layak untuk mengimamkan solat ini..tapi Engkau yg melantik aku Ya Allah..”..

pengajaran yg ingin aku kongsi ialah..kadang2 apabila kita memegang sesuatu jawatan..kita mungkin merasakan kita lah orang paling layak untuk memegang jawatan tersebut..akan tetapi..yang sebenarnya..ramai lagi yg sama layak..atau malah lebih layak dari kita..tapi kita yang dipilih untuk memikul jawatan tersebut..

jadi mengapa harus ada sifat seperti angkuh..takbur..riak dan sebagainya..?kita dipilih oleh Allah untuk memegang jawatan seperi engineer, lecturer, doctor, guru, dan sebagainya..bukan kerana kita seorang yang hebat..tapi kadang2 kita sendiri yang merasakan diri kita hebat..sedangkan ramai lagi yang lain yg jauh lebih hebat..malah lebih menyedihkan..kita selalu alpa..Allah itu sebenarnya yang Maha Hebat

berbalik pada kata2 hikmah aku tadi..memang semua yg kita lalui itu merupakan ujian..terpulang la bagaimana korang mentafsirkan apa yg aku cuba sampaikan..heheh

mungkin kita pernah terdengar hadis nabi..bagaimana solat seorang imam yang dibenci oleh makmum..memanglah secara khususnya hadis ini berkaitan dengan imam..tapi kalau secara umumnya..tak kira lah apa2 pun jawatan lain yg kita pegang..apalah gunanya..kalau orang2 bawahan atau orang2 sekeliling kita benci kat kita..

atau kita memang suka dibenci?kononnya pahala orang mengata kita dapat kat kita?apa yang pasti..kita sendiri yg membuatkan orang lain benci pada kita..

(rasa panjang sangat la..kena stop kat sini)

apa pun kepada awek indon tadi..kenapa tak tinggalkan nombor telefon sekali..ehehehe..

moral: jawatan yang kita pegang itu merupakan amanah..bukan kerana kita hebat..tapi kerana Allah ingin menguji hamba2Nya..

apa cite..kenangan (episod 68)

October 12th, 2009 by adibb

[wah hari ni aku post sekali 2 rupanya..eheh]

member aku kat usim ni zul nama dia..rasanya dah beberapa kali dia bergurau dan ulang dialog ni..“aku kadang2 nampak motor ko..aku tak berapa cam sangat..tapi bila nampak helmet ko baru aku yakin yang tu motor ko..”

memang aku ngaku..helmet aku tu memang sangat la buruknya..dah pudar dah warnanya..ahaha..mentang2 ko helmet baru zul

tapi itulah aku sebenarnya..aku tak kisah pun helmet tu buruk..selagi boleh guna..selagi tu la aku akan guna..hehe

aku cuba menghargai apa jua barang2 yg aku ada atau aku miliki..

kadang2 ada juga sesekali akak aku perli..“tanak buat kenangan ke?”..aku jugak suka simpan barang2 untuk dibuat kenangan..eheh..hari raya lebih kurang 13-14 thn lepas kalau tak silap..bapak aku beli air tin satu kantong..sama ada untuk dihidangkn buat tetamu ataupun minum sendiri..boleh pulak aku simpan 2 tin dalam almari..kononnya nak simpan buat kenangan..ahaha..

sementara tunggu SPM keluar dulu..aku masuk form 6 jap kat sekolah tinggi kluang..ntah cmne ntah..semua orang diwajibkan beli payung sekolah kot masa tu..nak tanak kena la beli..aku tak guna pun payung tu..siap pesan kat ahli keluarga..“jangan guna tau payung ni..adib nak buat kenangan”..ehehe..diorang dah faham dah..memang sampai sekarang payung tu ada lg..kdg2 dah terdesak aku guna gak..

masa kat matrik dulu..cikgu kimia aku (cikgu zaiton) bagi angpau sorang sepuluh ringgit untuk satu kelas kitorang..aku simpan angpau tu kat wallet aku..sayang nak guna..nak buat kenangan..eheh..tp rupanya memang tak berbaloi..ada orang pecah masuk asrama..angpau tu dikoyakkan..duit rm 10 tu dia amek..terkilan sangat..

kat dalam alquran kecik aku..ada duit 20 ringgit..sepuluh mak aku bagi..sepuluh lg bapak aku bagi..aku simpan buat kenangan..tapi diorg tak tau pun..kalau diorang tau..mesti diorang mengeluh pasrah..haha..dah 9 tahun aku simpan duit tu..sayang nak guna..

aku ni sangat menghargai orangnya..ehehe..

percaya atau tidak..jam tangan aku yg aku pakai sekarang..dah 14 tahun aku pakai..sikat rambut aku (dekat 10 tahun)..kopiah hitam aku (pun dalam 10 tahun..walaupun ada beli kopiah lain..tapi kopiah buruk tu jugak aku pakai)..sebelum aku beli kasut masa 2007dulu..aku pakai kasut lama tu selama lebih kurang 6 tahun..bekas sabun mandi kat bilik air aku..aku beli masa matrik (2000) dulu pun ada lagi kat bilik air aku sekarang..aku akan guna insyaAllah selagi aku boleh guna..atau selagi barang2 aku guna tak hilang..ada lagi barang2 lain..yg aku masih guna..selipar asadi aku pn dah 2 tahun aku pakai..memang buruk sgt dah

apa pun satu hari tu..tahun 2007..kawan aku aizuddin betul2 buat aku terharu..kitorang jumpa kat midvalley..jap lagi..“dib..ko amek duit ni..kita kongsi beli wallet baru untuk ko”..dia kata dia segan wallet aku dah buruk sangat..eheh..terima kasih din..aku pakai lagi sampai sekarang wallet kita tu..eheh..

bukan lah aku takde duit langsung..bukan juga aku seorang yg kedekut..tapi aku betul2 sayang dan menghargai apa juga yang aku miliki..mereka berjasa pada aku..aku harus menghargainya..ehehe

kepada zul..aku sayang helmet tu..helmet tu sekurang2nya membantu ko tau kenal motor aku..ehehe..

tapi biar lah aku praktik kan benda ni kat dalam diri aku je..aku harap aku tak buat kat anak aku nanti..

“ayah..nak beli kasut sekolah baru boleh??”..“eh kasut lama tu kan elok lagi..ayah pakai kasut bertahun2 tau..relax je tak beli baru pun”..anak aku dengan nada tak berpuas hati “memang la..ayah punya kaki dah tak besar2 lagi..kasut tu dah sempit dah pun (sambil merajuk masuk bilik dengan muka muncung)”..

“yela nanti ayah belikan kasut besar sekali terus..senang takyah beli tiap2 tahun..”ahahaha..tamat

moral: hargailah selagi kita boleh hargai..kerana apa yang ada jarang sekali kita syukuri..